Wednesday, September 7, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H/2011

Salam sejahtera dan selamat hari raya Aidil Fitri 1432H/2011 dari kami keluarga Tadika Anggerik Cemerlang (TAC). Pada 7hb September 2011, TAC telah mengadakan majlis hari raya aidil fitri di TAC. Majlis hari raya ini telah dimeriahkan oleh 120 murid dan 7 orang guru. Juadah hari raya yang dibawa oleh murid-murid sendiri di majlis ini turut menambahkan juadah yang sedia ada. Terima kasih kepada semua.

Majlis yang dimulai dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar untuk kenang-kenangan. Turut meraikan majlis hari raya ini dimana adik Nurina Tihani melangsungkan majlis harijadinya sekali. Selamat hari jadi kepada adik Nurani Tihani.

Pelbagai kuih-muih dan masakan yang dibawa oleh murid-murid dan ditambahkan lagi juadah dari TAC sendiri seperti bihun goreng, rendang ayam dan ketupat. Anak-anak TAC amat bergembira pada hari ini kerana mereka berpakaian baju melayu dan baju kurung raya. Ada juga yang berpakaian baju raya. Macam-macam gaya dan style yang mereka pakai. Hebat!! TAC tidak lupa memberi sedekah duit raya kepada semua murid-murid dan staff.



SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H/2011


SALAM AIDIL FITRI 1432H/2011 DARI TADIKA ANGGERIK CEMERLANG.

Tuesday, September 6, 2011

TAC 2012



Salam sejahtera semua.

Sedar atau tidak, pejam dan celik, celik dan pejam...tup-tup dah pun masuk tahun 2012. Sekarang ni pun dah hampir pertengahan Jan 2012. Sesi tedika & persekolahan yang baru dah pun bermula sejak seminggu yang lalu. Walaupun TAC dah masuk tahun ke-11 dalam industri ini, namun kerenah dan permasaalahan kanak-kanak baru di tadika tak boleh dipandang remeh. Macam-macam situasi yang perlu diambilkira dalam menghadapi kanak-kanak baru terutama bulan pertama persekolahan.

Gambar di atas adalah sal;ah seorang murid ditahun 4. Walaupun adik ni belum lagi berumur 4 tahun, tapi ibubapa nya hendak menghantar anaknya juga ke tadika. Bukan kerana wang ringgit yang diutamakan, tapi demi kehendak dan masa depan anaknya, kami menerima dengan senang hati. Syukur alhamdulilah, adik ni okay dan mudah untuk ikut arahan.

Tahun 2012, TAC menerima pelajar daritahun 4 hingga tahun 6 sejumlah 140 murid berbekalkan dengan 8 orang guru. Fuhhh...bukan senang!!

Buat anak-anak yang mula bersekolah tu, belajarlah sungguh-sungguh. Bermain tetap boleh dan diharuskan. Tapi ibubapa pula jangan lupa untuk memantau anak-anak mereka!!!

Monday, October 18, 2010

Sesi latihan untuk majlis anugerah persijilan 2010


Latihan demi latihan dijalankan oleh pelajar tahun 4, 5 dan 6 di Tadika Anggerik Cemerlang. Majlis penyampaian anugerah sijil tamat persekolahan akan diadakan pada 21hb November 2010.

Terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat dalam usaha mendidik murid-murid tadika di tadika ini.

Monday, January 11, 2010

TADIKA ANGGERIK CEMERLANG




Tadika Anggerik Cemerlang telah ditubuhkan pada January 2001 dan pada permulaan operasinya adalah Pusat Asuhan Jagaan Kanak-kanak Anggerik. Pada januari 2002, Taman Asuhan ini telah bertukar nama kepada Tadika Anggerik Bestari. Setelah beroperasi selama 6 tahun, tadika Anggerik Bestari sekali lagi bertukar nama kepada Tadika Anggerik Cemerlang dan diiktiraf sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dengan kod pendaftaran tadika berlesen 001773826-H.

Tadika Angerik Cemerlang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak dari umur 4 hingga 6 tahun. Kanak-kanak ini akan berada di permis tadika dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari.

Tadika Anggerik Cemerlang juga menyediakan persekitaran yang luas, bersih dan selesa untuk kanak-kanak melakukan aktiviti harian mereka. Pengasuh dan guru di Tadika Anggerik Cemerlamg (TAC) adalah yang terlatih, penyayang serta berpengalaman di mana ianya akan menjana perkembangan fizikal, sosio emosi, kognitif, artistik dan bahasa kanak-kanak. Sajian makanan harian yang seimbang juga disediakan bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak untuk membesar dengan sihat dan sempurna.

MAKLUMAT ASAS

Syarikat: TADIKA ANGGERIK CEMERLANG
Alamat & No. Tel :- No. 19, Jalan 15, Taman Dato Harun 46000, Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 019-2069878 017-8851040
No. Pendaftaran : 001773826-H
Tarikh Mula Beroperasi: 5hb Januari 2002
Pengasas:- Sahiran bin Suib - Certificate in Training Development Charted United Kingdom
Pengasas kedua:- Kalsom bt Mohammed Yussuf - Diploma Pendidikan Pra sekolah