Monday, January 11, 2010

TADIKA ANGGERIK CEMERLANG




Tadika Anggerik Cemerlang telah ditubuhkan pada January 2001 dan pada permulaan operasinya adalah Pusat Asuhan Jagaan Kanak-kanak Anggerik. Pada januari 2002, Taman Asuhan ini telah bertukar nama kepada Tadika Anggerik Bestari. Setelah beroperasi selama 6 tahun, tadika Anggerik Bestari sekali lagi bertukar nama kepada Tadika Anggerik Cemerlang dan diiktiraf sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dengan kod pendaftaran tadika berlesen 001773826-H.

Tadika Angerik Cemerlang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak dari umur 4 hingga 6 tahun. Kanak-kanak ini akan berada di permis tadika dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari.

Tadika Anggerik Cemerlang juga menyediakan persekitaran yang luas, bersih dan selesa untuk kanak-kanak melakukan aktiviti harian mereka. Pengasuh dan guru di Tadika Anggerik Cemerlamg (TAC) adalah yang terlatih, penyayang serta berpengalaman di mana ianya akan menjana perkembangan fizikal, sosio emosi, kognitif, artistik dan bahasa kanak-kanak. Sajian makanan harian yang seimbang juga disediakan bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak untuk membesar dengan sihat dan sempurna.

MAKLUMAT ASAS

Syarikat: TADIKA ANGGERIK CEMERLANG
Alamat & No. Tel :- No. 19, Jalan 15, Taman Dato Harun 46000, Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 019-2069878 017-8851040
No. Pendaftaran : 001773826-H
Tarikh Mula Beroperasi: 5hb Januari 2002
Pengasas:- Sahiran bin Suib - Certificate in Training Development Charted United Kingdom
Pengasas kedua:- Kalsom bt Mohammed Yussuf - Diploma Pendidikan Pra sekolah

2 comments:

  1. yg penting nama anggerik tak boleh tinggal.

    ReplyDelete
  2. Ada juga mengatakan anggerik tu lambang kemewahan, ada juga yg kata ada nilai kormesil, ada juga yg kata anggerik ini adalah lambang kekuasaan ciptaan tuhan....so macam2...bagi TAC, anggerik adalah mercu kejayaan......

    ReplyDelete